Tren LRT berhenti mengejut

Kemalangan melibatkan dua buah tren LRT Laluan Kelana Jaya pada malam Ahad dipercayai akibat kedua-duanya berhenti secara mengejut.
Kemalangan melibatkan dua buah tren LRT Laluan Kelana Jaya pada malam Ahad dipercayai akibat kedua-duanya berhenti secara mengejut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemalangan melibatkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya pada malam Isnin dipercayai akibat kedua-duanya berhenti secara mengejut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan maklumat awal, dua tren berkenaan tidak berlanggar tetapi berhenti secara mengejut.

"Polis menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Beberapa penumpang terjatuh dan mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, tren berkenaan dalam perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC.

Kejadian tersebut menyebabkan 213 penumpang yang berada di dalam satu tren itu cedera, dengan 47 daripadanya parah.

Kejadian berlaku pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Seramai 166 lagi penumpang cedera ringan dan kesemua mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur serta beberapa hospital berhampiran.

Mohamad Zainal berkata, kesemua penumpang itu berada di dalam tren yang dalam perjalanan dari Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Gombak, manakala sebuah lagi dari Stesen LRT Kampung Baru ke Stesen LRT Gombak dan hanya membawa seorang pemandu.

Artikel Berkaitan: