Stadlen didakwa 'in absentia' mengubah wang haram RM15j

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Paul Stadlen, pernah menjadi penasihat media kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini didakwa tanpa kehadirannya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini atas tuduhan mengubah wang haram berjumlah RM15 juta.

Sumber Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, Stadlen kelahiran Britain didakwa di Mahkamah Sesyen.

“Pihak Pendakwaan dari AGC mengendalikan kes tersebut,” kata sumber itu dan menambah oleh kerana beliau telah melarikan diri dari Malaysia pendakwaan terpaksa dijalankan secara ‘in absentia’.

Sumber itu juga mengesahkan seorang peguam Malaysia akan juga didakwa esok di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan serupa. - Bernama

Artikel Berkaitan: