Suami isteri diberkas bersama 2,400 biji pil kuda

Polis merampas 2,400 biji pil kuda bernilai RM24,000 selepas menahan sepasang suami isteri dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Embun, di sini pada petang Ahad.
Polis merampas 2,400 biji pil kuda bernilai RM24,000 selepas menahan sepasang suami isteri dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Embun, di sini pada petang Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Polis merampas 2,400 biji pil kuda bernilai RM24,000 selepas menahan sepasang suami isteri dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Embun, di sini pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, semasa serbuan pada jam 6.30 petang itu pihaknya turut menyita dua buah kereta milik pasangan suami isteri tersebut.

"Kedua-dua suspek berusia 33 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas wang tunai pelbagai jenis berjumlah RM12,550.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung tangkapan tersebut.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan: