JKM cari ibu dua beradik

Dari kiri: Nur Ain, Muhammad Iqbal
Dari kiri: Nur Ain, Muhammad Iqbal
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang sedang mengesan ibu kepada dua beradik bagi melancarkan urusan penjagaan kanak-kanak tersebut.

Pelindung Kanak-Kanaknya, Zaidi Zakaria berkata, dua kanak-kanak itu ialah Nur Ain Masudi, 10, dan Muhammad Iqbal Farhan, 7.

Menurutnya, ibu kanak-kanak itu, Rafedah Mohd Yusoff, 41, merupakan seorang wanita tempatan.

"Dua beradik ini sebelum ini telah diletakkan di bawah jagaan Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar Perak bagi tempoh tiga tahun di bawah Seksyen 30(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam satu kenyataan medianya pada Isnin.

Zaidi berkata, perintah terdahulu telah tamat dan satu siasatan baharu perlu dibuat bagi penempatan yang lebih sesuai untuk dua beradik berkenaan.

"Ibu kandung gagal dikesan dan tidak dapat dipastikan berada di mana pada waktu ini.

"Justeru ibu kandung atau waris kanak-kanak diminta untuk tampil ke JKM Klang supaya perbincangan lanjut berhubung masa depan kanak-kanak dapat dibuat," ujarnya.

Artikel Berkaitan: