Lelaki mati tergantung depan Pusat Khidmat Masyarakat

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian iaitu di sebuah pusat khidmat masyarakat di Hulu Selangor pada Isnin.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian iaitu di sebuah pusat khidmat masyarakat di Hulu Selangor pada Isnin.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di atas siling di bahagian hadapan sebuah Pusat Khidmat Masyarakat di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.30 pagi.

"Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Hulu Yam Bharu turut hadir mengesahkan kematian lelaki berusia 41 tahun itu," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Arsad berkata, semakan rekod lampau mendapati si mati mempunyai masing-masing dua rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.

"Kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini untuk menyalurkan maklumat kepada polis," katanya.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut.

"Bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan saringan Covid-19 diperoleh. Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan: