Pemeriksaan lebih ketat di 13 SJR di KL, Putrajaya esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur akan mengetatkan pemeriksaan di 13 sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini tiada penambahan SJR, namun pemeriksaan teliti akan dilaksanakan bagi memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP.

"Jumlah SJR masih kekal iaitu sembilan lokasi di Kuala Lumpur dan empat lokasi di Putrajaya, kita akan melakukan pemeriksaan teliti di setiap SJR itu selaras arahan baharu memperketatkan SOP PKP," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.

Sabtu lalu, kerajaan mengumumkan keputusan mengetatkan SOP PKP dengan kebanyakan aktiviti perniagaan hanya dibenarkan daripada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja mulai esok, selain pemeriksaan sekatan jalan raya lebih ketat selepas jam 8 malam.

Mengulas dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu Kampung Batu Muda Tambahan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dekat Lembah Pantai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Azmi berkata, pihaknya akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam aspek keselamatan.

"Kita akan bantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung isu agihan keperluan makanan kepada penduduk.

"Kita berharap masyarakat mengambil berat pematuhan SOP supaya tiada lagi kawasan dalam ibu negara dikenakan PKPD," katanya.

Artikel Berkaitan: