Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin sasar kutipan RM1 juta

Amirudin (enam dari kanan) bergambar bersama wakil penyumbang tabung berkenaan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada Isnin. -Foto: Ihsan Pejabat Menteri Besar Selangor.
Amirudin (enam dari kanan) bergambar bersama wakil penyumbang tabung berkenaan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada Isnin. -Foto: Ihsan Pejabat Menteri Besar Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mensasarkan kutipan sebanyak RM1 juta menerusi Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin sebagai tanda solidariti ke atas nasib rakyat Palestin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehingga kini, tabung yang dilancarkan pada 19 Mei lalu telah mencapai kutipan sebanyak RM223,957.77 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin bagi keperluan perubatan, ambulans dan Selangor Aid Truck (SELaid).

Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) Global Peace Mission akan memanfaatkan dana kutipan menerusi tabung berkenaan bagi membantu keperluan rakyat di negara itu.

"Dalam menjayakan sasaran kempen bagi mengumpul dana sebanyak RM1 juta, saya berharap orang ramai dapat turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, antara agensi yang telah membuat sumbangan bagi tabung berkenaan adalah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor.

Selain itu, Amirudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Mohd Sany Hamzan turut memberi sumbangan peribadi bagi kutipan tabung berkenaan.

Artikel Berkaitan: