Keputusan pertukaran guru boleh disemak mulai 1 Jun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Permohonan pertukaran guru boleh disemak mulai 1 Jun ini menerusi platform e-Gtukar, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin.

Radzi berkata, ia bagi menjawab pertanyaan guru yang kebanyakannya diajukan berhubung mengenai keputusan pertukaran bagi sesi Jun tahun ini.

“Semalam saya berkesempatan membaca beberapa pertanyaan guru yang diajukan melalui media sosial saya.

“Antara persoalan yang banyak dibangkitkan adalah berhubung keputusan pertukaran e-Gtukar.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa keputusan pertukaran guru bagi sesi Jun 2021 akan diumumkan pada 1 Jun 2021,” katanya melalui siaran di Facebook miliknya pada Isnin.

Tambahnya, guru yang memohon pertukaran boleh menyemak keputusan melalui e-Gtukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/index.cfm?muse=1.

Artikel Berkaitan: