JAS belum terima laporan EIA syarikat didakwa beroperasi tanpa kebenaran

Norazizi Adinan
Norazizi Adinan
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengesahkan belum menerima laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) membabitkan sebuah kilang yang didakwa beroperasi tanpa kebenaran di Gurun.

Pengarahnya, Norazizi Adinan berkata, pihaknya belum menerima laporan EIA daripada syarikat berkenaan untuk diproses dan diluluskan.

Menurutnya, mana-mana premis yang beroperasi tanpa kelulusan laporan EIA merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua duanya dan denda tambahan RM1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan diteruskan selepas notis diserahkan," katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk Gurun desak siasat kilang kitar semula

Tambah beliau, Jabatan Alam Sekitar Kedah mengambil maklum terhadap satu video yang dimuatnaik melalui laman Facebook pada 8 Februari 2021.

"Namun siasatan jabatan ini mendapati bahawa tiada 25 syarikat haram beroperasi di tapak tersebut seperti dakwaan dalam video tular tersebut.

"Hasil siasatan juga mendapati, tiada asap dan sungai berasid dijumpai bagaimanapun Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan Perintah Larangan bertarikh 5 Mei 2021 kepada syarikat tersebut yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gurun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Perintah Larangan tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012 kerana menjalankan aktiviti tanpa mengemukakan dan kelulusan laporan penilaian EIA.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan desakan penduduk agar siasatan dijalankan ke atas sebuah kilang yang didakwa beroperasi tanpa kebenaran dan video mengenainya tular di media sosial.