X

Kindly register in order to view this article
!

Neelofa perjelas isu empat orang dalam satu kereta

Noor Neelofa (kanan) ditemani suami memberi keterangan di IPD Seremban pada Isnin.
A
A

SEREMBAN - Belum selesai isu selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor mengenakan niqab tanpa mengenakan pelitup muka, kini dia dituduh netizen melanggar prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan pula.

Netizen mendakwa terdapat empat orang di dalam kenderaan yang dinaiki Neelofa selepas selebriti itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada Isnin.

Mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, hanya tiga orang individu sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan.

Bagaimanapun, bagi menjawab tuduhan tersebut, Neelofa melalui kenyataan di Facebook menjelaskan, beliau hanya menumpangkan peguamnya dari balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter.

"Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah. Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan sama.

"Kami telah menghubungi pihak IPD Seremban dan mereka sedia maklum tentang perkara ini," jelas beliau.

Menurutnya, beliau dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail menaiki kenderaan sendiri dengan dipandu pemandunya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Katanya, peguamnya pula pulang dengan memandu kenderaan sendiri.

"Polis boleh meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kami menguruskan peguam di pekarangan mahkamah atau dari luar balai polis.

"Diharapkan ini dapat menjelaskan perkara yang berlaku selain mengelakkan salah faham," kata Neelofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat Neelofa tidak pakai pelitup muka

Pakai niqab tanpa pelitup hidung dan mulut adalah salah: Ismail Sabri

Neelofa, suami mengaku tidak bersalah langgar SOP PKPB


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!