13 dikompaun berkumpul, makan dalam rumah

Antara indivdu yang didapati berkumpul, makan dan bersembang tanpa penjarakan fizikal di Kampung Jeniang pada Ahad.
Antara indivdu yang didapati berkumpul, makan dan bersembang tanpa penjarakan fizikal di Kampung Jeniang pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai 13 individu termasuk tiga suri rumah dikompaun RM4,000 atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Jeniang kira-kira jam 10.30 malam, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka berusia antara 27 hingga 45 tahun itu didapati berkumpul dengan tiada penjarakan fizikal.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, kesemua individu itu ingkar SOP PKP dengan tiada alasan munasabah berkumpul, makan dan bersembang.

"Kita juga dapati terdapat 10 lelaki dan tiga wanita berada dalam sebuah rumah sedang bersembang dan makan dengan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika melaksanakan Ops Covid-19 di lokasi terbabit.

"Kesemua mereka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan kompaun," katanya.

Antara indivdu yang didapati berkumpul, makan dan bersembang tanpa penjarakan fizikal di Kampung Jeniang pada Ahad.
Antara indivdu yang didapati berkumpul, makan dan bersembang tanpa penjarakan fizikal di Kampung Jeniang pada Ahad.

Beliau berkata, kesemua individu terbabit telah diterangkan kesalahan dilakukan dan kompaun sejumlah RM4,000 dikeluarkan kepada setiap seorang.

Tindakan kompaun dilakukan mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 (Aktiviti terlarang Nombor 1).

Artikel Berkaitan:

Katanya, kompaun itu perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah.

"Walaupun alasan yang diberikan kerana mahu memasang bendera Palestin, namun apa yang kita lihat tiada satu pun bendera di situ. Apapun alasan yang diberikan, SOP wajib dipatuhi," jelasnya.