Polis cari wanita sebar berita palsu kematian pemanah negara

Haziq Kamaruddin
Haziq Kamaruddin
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan seorang wanita berhubung siasatan berita palsu mengenai vaksin Astrazeneca melibatkan kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin dalam satu hantaran video di akaun Instagram.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam selepas melihat rakaman tersebut pada Sabtu.

"Rakaman video berdurasi 3 minit 34 saat itu dimuat naik melalui akaun Instagram serta status aplikasi WhatsApp," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Zaid berkata, video tersebut memaparkan tuduhan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kematian Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca dan menyembunyikan punca sebenar kematian.

"Kita sedang mengesan suspek yang terlibat dalam rakaman video tersebut. Kes di siasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998," katanya.

Mohd Zaid menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengulas atau menularkan sebarang maklumat tidak sahih.

"Tindakan ini boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: