X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita cedera diserang anjing jiran

Cheng Foo Cheen menunjukkan betis isterinya yang cedera diserang anjing jiran.
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita cedera pada kedua-dua kaki selepas diserang seekor anjing milik jirannya di Taman Emerald Park, Seremban 2 di sini pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu berlaku ketika mangsa, Lee Kim Teng, 47, sedang joging seorang diri sebelum haiwan berkenaan secara tiba-tiba meluru ke arahnya.

Menurutnya, dia tidak pasti kenapa anjing berkenaan menyerangnya kerana tiada sebarang tindakan dilakukannya yang boleh membuatkan haiwan itu bertindak agresif.

"Anjing itu telah gigit pada kedua-dua betis saya dan kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa orang penduduk yang turut joging di situ.

"Anak pemilik anjing itu turut nampak kejadian berlaku, tetapi dia hanya biarkan kerana beranggapan anjingnya mahu bermain dengan saya," katanya ketika sidang akhbar yang turut dihadiri Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin di sini pada Isnin.

Sementara itu suami mangsa Cheng Foo Cheen, 52, berkata, pemilik anjing berkenaan ada menghubunginya dan meminta maaf serta berjanji akan menjelaskan segala kos perubatan.

Ujarnya, pemiliknya juga memberitahu anjing itu terlepas dan sukar ditangkap semula.

"Saya difahamkan ini bukan kejadian pertama berlaku dan sebab itu saya telah buat laporan polis dan aduan kepada Majlis Bandaraya Seremban supaya tindakan dapat diambil.

"Saya betul-betul kecewa kerana ia telah mengancam keselamatan penduduk di situ dan saya bimbang jika dibiarkan ada lagi yang akan jadi mangsa," katanya.

Kata Foo Cheen, kejadian itu turut mengakibatkan isterinya trauma.

Tambahnya, disebab itu, dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing terbabit.

"Saya bukannya nak kejar publisiti, tapi saya mahu tindakan tegas diambil kerana ia telah membahayakan penduduk," katanya.

Dalam pada itu Kee Chin berkata, setiap pemilik anjing sepatutnya bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka supaya tidak mendatangkan risiko kepada orang lain.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!