Saya tak layak nak komen: Janna Nick

Pelakon, Janna Nick
A
A

AKTRES cantik, Janna Nick enggan mengulas lebih lanjut apabila diajukan soalan berhubung status dimuat naik produser Sheila Rusly, baru-baru ini.

Status tersebut dikatakan seakan-akan perli Janna.

Jelas pemenang Pelakon Wanita Sensasi, Anugerah Telenovela 2017, itu berkata, Sheila dan dan JS Pictures Sdn Bhd telah banyak berjasa kepada dirinya.

"Saya tak nak cakap apa-apa fasal hal itu mahupun nak berikan sebarang kenyataan sebab saya hormat mereka dan banyak terhutang budi.

"Cuma apa yang boleh saya cakap di sini, saya sudah anggap sis Sheila dan papa Jinggo sebagai orang yang sangat terhormat dalam industri ini dan saya tak layak nak komen apa-apa," ujarnya sebagaimana dalam laporan mStar Online.

Sementara itu, Janna juga sudah menanyakan mengenai status tersebut dengan Sheila.

"Saya sudah bertanya sendiri dengan mereka tetapi tak ada pun reaksi negatif.

"Macam saya katakan awal-awal, memang tidak ada perlu yang dikomen lanjut.

"Namun kalau pihak sana ada bagi kenyataan saya akan mengulas lanjut," katanya.