Lelaki disyaki conteng 'kerajaan gagal' sempat buat isyarat 'peace'

Lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana menconteng dinding bangunan dengan perkataan 'kerajaan gagal' direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Taiping pada Isnin.
Lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kerana menconteng dinding bangunan dengan perkataan 'kerajaan gagal' direman selama tiga hari di Mahkamah Majistret Taiping pada Isnin.
A
A
A

TAIPING - Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes menconteng bangunan dengan perkataan 'kerajaan gagal' sempat membuat isyarat 'peace' kepada lensa kamera wartawan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping di sini pada Isnin.

Lelaki berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pemotong rumput itu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran reman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Mahkamah membenarkan lelaki terbabit direman selama tiga hari bermula Isnin.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Taiping, Noraishah Ahmad mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Lelaki terbabit ditahan di kediamannya di Taman Sungai Mas di sini pada Ahad kerana disyaki melakukan perbuatan khianat dengan menconteng dinding beberapa bangunan dan kemudahan awam di sekitar kawasan bandar Taiping dengan perkataan 'kerajaan gagal'.

Perbuatan itu dilakukan sekitar 21 Mei lalu di bangunan yang mempunyai lukisan mural dan grafiti, kemudahan taman permainan kanak-kanak di Taman Tasik Taiping, dinding hotel, gelanggang tenis dan sepak takraw milik Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Turut diconteng adalah papan tanda masuk ke kediaman rasmi Pegawai Daerah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika ditahan polis turut merampas peralatan digunakan iaitu satu blok tulisan kerajaan gagal, satu tin spray berwarna hitam dan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki conteng 'kerajaan gagal' ditahan