'Masa awak akan tiba'

Pelakon, Sharnaaz Ahmad
A
A

MASIH menjadi perhatian dan topik kegemaran umum mengenai spekulasi status rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila.

Selepas dihujani pelbagai komen negatif di laman sosial, Sharnaaz tampil memuat naik kenyataan berunsur nasihat.

"Sabar, belum masa awak diuji nanti bila sampai jangan tanya kenapa aku diuji.

"Ini semua ada sebab, dosa silam kita tak nampak dan sedar, ALLAH bayar cash sabar ye cik masa awak akan tiba nanti.

"Banyak sungguh fitnah dan menjatuhkan terang terangan zaman sekarang.

"Cakap guna mulut dan jari sesuka hati tak takut ke? Saja nak tau tu... pernah dengar “Mati Mengejut” mintak dijauhkan dari semua sahabat saya di sini," tulis pelakon itu di Twitter.

Terdahulu, rumah tangga yang terbina setahun lebih dikatakan berdepan masalah apabila kedua-dua suami isteri tidak memuat naik gambar bersama di laman sosial masing-masing.