Keadaan baik, sedang berpantang: Sari Yanti

Pelakon, Sari Yanti dan Jep Sepahtu
Pelakon, Sari Yanti dan Jep Sepahtu
A
A
A

PELAKON, Sari Yanti yang kini kembali sembuh berkongsi ucapan terima kasih kepada orang ramai selepas keguguran baru-baru ini.

Ujarnya menerusi akaun Instagram, Sari Yanti kini sedang menjalani proses berpantang.

"Assalamualaikum dan selamat pagi. Kakak nak ucapkan terima kasih atas kiriman doa-doa yang baik dan kata kata semangat buat kakak dan keluarga.

"Kakak doakan kebaikan untuk semua juga. Amin Ya ALLAH. Keadaan kakak semakin baik dan sekarang tengah berpantang.

"Lain-lain semua ok kecuali Dariya tak mau minum dari botol balik," coret Sari Yanti.

Sementara itu, di IG suami, Jep Sepahtu sebelum ini turut berkongsi anak dalam kandungan isterinya yang bakal memasuki usia yang ke tiga bulan tidak bergerak sewaktu pasangan ini hadir ke hospital untuk pemeriksaan.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang zuriat perempuan, Dariya Inara yang kini berusia 11 bulan.

Pada perkahwinan terdahulu Sari mempunyai dua orang cahaya mata lelaki.

Artikel Berkaitan: