Polis tumpas sindiket edar dadah

Anuar (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah di IPD Brickfields di sini pada Isnin.
Anuar (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah di IPD Brickfields di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Brickfields berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas memberkas empat individu termasuk seorang wanita warga tempatan di sebuah apartmen di Bandar Bukit Jalil di sini pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam serbuan pada jam 12.30 pagi itu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM204,943.

"Kita merampas dadah syabu yang dianggarkan seberat 5.182 gram, serbuk MDMA (299.4 gram), ketamin (0.6pil) erimin 5, pil ecstasy, lysergic acid diethylamide (LSD)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada Isnin.

Anuar berkata, pihaknya turut merampas sembilan telefon bimbit, tiga kereta jenis Mercedes Benz, Honda City dan Perodua Alza.

"Kita juga merampas tiga kad akses, lima anak kunci, satu dokumen perjanjian sewa rumah, enam kad pengeluaran tunai dan wang tunai RM165," katanya.

Beliau berkata ujian saringan awal urin mendapati kesemua suspek berusia 28 hingga 45 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

Menurutnya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Mei dan disambung reman tiga hari bermula Ahad hingga Selasa.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.