X

Kindly register in order to view this article
!

Bekalan ayam di Melaka mencukupi: KPDNHEP

Gambar hiasan.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menerima sebarang aduan berkaitan bekalan ayam di pasaran susulan penutupan sebuah premis pemprosesan ayam di Melaka.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, bekalan semasa ayam di negeri itu adalah mencukupi.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat, ayam-ayam diproses di kilang yang terletak di kawasan perindustrian Masjid Tanah dan diarah tutup hanya diedarkan melalui pasar raya besar, pasar raya, restoran dan premis runcit terpilih sahaja.

"Tiada bekalan ayam proses dan produk berasaskan ayam diedarkan dari syarikat ini kepada pasar basah.

"Untuk meminimakan kesan penutupan operasi ini, pihak syarikat mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada kilang-kilang di bawah rangkaian syarikat yang sama bagi menjamin kesinambungan produk di dalam pasaran," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan untuk memastikan keberadaan dan kestabilan bekalan termasuk ayam.

"Kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mungkin menggunakan isu ini untuk menaikkan harga yang tidak munasabah," katanya.

Sebelum ini, kilang memproses ayam terbesar di daerah itu diarah menghentikan operasinya bermula Sabtu hingga 4 Jun.Ia selepas 175 pekerja syarikat itu yang kebanyakannya warga asing disahkan positif Covid-19.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!