X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada isu dua darjat SOP berkaitan Covid-19

Muhyiddin bercakap pada Program Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 yang disiarkan dari Angkasapuri malam ini. -Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tiada amalan dua darjat atau 'double standard' dalam melaksanakan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.

Beliau berkata, tiada pihak yang akan terlepas daripada undang-undang termasuk menteri atau orang kenamaan yang turut disebut sebagai golongan kayangan.

"Dasar kerajaan kita tidak ada 'double standard', kalau mereka langgar, maka mereka tidak akan terlepas.

"Itu fakta dari segi undang-undang," katanya pada program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud amalan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang pematuhan SOP Covid-19 di negara ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk mematuhi SOP ditetapkan dalam mengekang penularan Covid-19.

Jelasnya, rakyat juga diseru untuk melakukan kawalan kendiri bagi mengelak daripada dikenakan hukuman.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!