1,494 disyaki positif Covid-19 hasil saringan komuniti

Amirudin Shari -Foto Bernama
Amirudin Shari -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,494 individu disyaki positif Covid-19 hasil saringan program Saringan Komuniti Covid-19 yang dilaksanakan secara percuma di 18 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor setakat Sabtu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di akaun Twitter @Amirudin Shari berkata, jumlah tersebut diperoleh melalui 29,239 individu yang menghadiri saringan di DUN berkenaan.

"Setakat 22 Mei (Sabtu), seramai 29,239 individu telah menghadiri Program Saringan Covid-19 oleh kerajaan negeri. Seramai 1,494 individu disyaki positif. Sertai ujian saringan ini dan pradaftar di screening.selangkah.my/login atau gunakan aplikasi SELangkah," katanya.

Program Saringan Komuniti Covid-19 merupakan program saringan percuma kerajaan negeri ke atas rakyat di 56 DUN di Selangor yang dilaksanakan bermula 8 Mei lepas sehingga 10 Jun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: