KKM sasar 70 peratus ibu menyusu

Zaini (kanan) dan Sukari (dua, kanan) meluangkan masa di ruang pameran Konferen Sains Bayi dan Kanak-kanak Kecil (IYCF), hari ini.
Zaini (kanan) dan Sukari (dua, kanan) meluangkan masa di ruang pameran Konferen Sains Bayi dan Kanak-kanak Kecil (IYCF), hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sasaran 70 peratus amalan penyusuan susu ibu, menjelang 2025.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zaini Hussin berkata, bagi mencapai hasrat itu, pihaknya akan membantu meningkatkan peratusan dalam masa enam tahun berdasarkan data ketika ini, sebanyak 47.1 peratus.

Menurutnya, antara usaha yang dilakukan ialah menjalin kerjasama dengan World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

“Pelbagai faktor menyumbang kepada cabaran untuk memenuhi kadar penyusuan antaranya kerjaya, kekangan masa dan tahap kesedaran umum.

“Pelbagai insiatif dibuat bagi membantu ibu yang bekerjaya menyusu di tempat kerja antaranya mengadakan tempat penyusuan di pejabat, kawasan riadah dan pusat beli belah,” katanya.

Zaini berkata, kaum ibu tidak boleh meletakkan kerjaya sebagai alasan tetapi memastikan nutrisi anak-anak turut dilengkapi dengan khasiat susu ibu.

Beliau berkata demikian, selepas Konferen Sains Bayi dan Kanak-kanak Kecil, hari ini.

Hadir sama Pengarah Kampus USM, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim dan Pengarah Eksekutif World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), Dr Amal Omer Salim.

Artikel Berkaitan: