Nafi ada kaitan One City Development Sdn Bhd

Li Loh (dua kanan) memberi penjelasan pada sidang media.
Li Loh (dua kanan) memberi penjelasan pada sidang media.
A
A
A

SUBANG JAYA - Tiga Badan Pengurusan Bersama (JMB) Skypark, The Place dan The Square mendakwa mereka menjadi mangsa keadaan berhubung isu Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25.

Pengerusi The Square, Chong Li Loh berkata, pihaknya tidak ada kaitan langsung dengan syarikat pemaju MCT Berhad ataupun anak syarikat pemaju tersebut, One City Development Sdn Bhd.

"OneCity @ USJ 25 merupakan satu pembangunan bersepadu yang dimiliki oleh 939 pemilik individu dan ianya bukan milik dua syarikat berkenaan.

"One City Development Sdn Bhd yang dimiliki oleh MCT Berhad pula hanya penyewa bangunan ini. Menara pejabat di sini juga disewa oleh penyewa lain termasuk beberapa syarikat multinasional," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Pemaju dakwa bantuh pindah bukan merusuh]

Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan perunding berhubung kos baik pulih akibat rusuhan pada Selasa lalu.

"Kami sudah buat laporan polis, saya berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan isu ini," katanya.

Li Loh berkata, pihaknya amat berdukacita atas kejadian yang tidak diingini itu.

Artikel Berkaitan:

"Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Majlis Perbandaran Subang Jaya atas segala bantuan bagi menjaga ketenteraman.

"Ia dapat memberi ketenangan kepada semua penghuni dan pemilik hartanah di One City," katanya.