X

Kindly register in order to view this article
!

Sesak di pasar raya perkara biasa, bukan pembelian panik

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk masuk ke Pasaraya Checkers di Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial beberapa keping gambar memaparkan orang ramai berpusu-pusu membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di Cheras di sini.

Difahamkan, gambar tersebut dirakamkan sebelum pengumuman kerajaan yang bersetuju memperketatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Salah seorang kakitangan pasar raya terbabit, Muhd Zair Kuliling, 21, mengesahkan bahawa kesesakan seperti gambar yang tular di media sosial itu berlaku di pasar raya berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, ia merupakan perkara biasa terutama pada hujung minggu berikutan orang ramai berpusu-pusu mahu mendapatkan barangan keperluan di pasar raya berkenaan.

"Keadaan (pasar raya) memang macam ini terutama pada hari Sabtu dan Ahad selain cuti umum.

"Bagaimanapun, kami telah mengehadkan jumlah pelanggan yang masuk untuk membeli barangan dalam satu-satu masa," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 2 petang Ahad mendapati keadaan pasar raya itu dipenuhi orang ramai yang membeli barang keperluan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sebelum ini memberi jaminan bahawa mereka akan memastikan kelancaran rantaian bekalan dan sekuriti makanan negara sepanjang pelaksanaan PKP.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kerajaan akan memastikan bekalan makanan terutama beras, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan terus berada pada tahap stabil dan mencukupi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!