1.3 tan ikan 'dirompak' nelayan Vietnam

Maritim Malaysia Kelantan merampas 1.3 tan pelbagai jenis ikan yang 'dirompak' nelayan Vietnam dalam dua serbuan berasingan di perairan negeri ini pada Jumaat lalu.
Maritim Malaysia Kelantan merampas 1.3 tan pelbagai jenis ikan yang 'dirompak' nelayan Vietnam dalam dua serbuan berasingan di perairan negeri ini pada Jumaat lalu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan merampas 1.3 tan pelbagai jenis ikan yang 'dirompak' nelayan Vietnam dalam dua serbuan berasingan di perairan negeri ini pada Jumaat lalu.

Dalam serbuan jam 5.40 dan 6.05 petang itu, Maritim Malaysia Kelantan turut merampas 7,300 liter bahan api diesel.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, bot pertama berjaya ditahan pada jarak 65 batu nautika dari Kuala Tok Bali yang membawa kepada 10 kru termasuk seorang tekong.

"Serbuan kedua pada jarak 67 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Maritim Kelantan berjaya menahan dua nelayan Vietnam termasuk seorang kru," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, kesemua nelayan asing yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 53 tahun.

Nelayan warga Vietnam yang berjaya ditahan oleh Maritim Malaysia Kelantan pada Jumaat lalu.
Nelayan warga Vietnam yang berjaya ditahan oleh Maritim Malaysia Kelantan pada Jumaat lalu.

Katanya, Maritim Malaysia Kelantan turut merampas alat perhubungan radio, peranti 'Global Positioning System' (GPS), pukat dan tali.

Nur Syam Asmawie berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985 dan turut melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Dalam memastikan pemerkasaan pengoperasian, komuniti maritim terutamanya di perairan Kelantan digesa untuk melaporkan segera sebarang maklumat berkaitan kehadiran bot nelayan asing kepada pihak kami.

"Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Kelantan di talian 09-778 0070," katanya.