X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Food Bank Malaysia bantu penduduk terputus bekalan makanan

Mohd Azrul (kanan) menyerahkan bekalan makanan kepada penduduk terputus bekalan makanan di Food Bank Malaysia di Jalan Sultanah di Alor Setar.
A
A

ALOR SETAR - Penduduk yang terputus bekalan makanan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh mendapatkan barangan keperluan secara percuma di Food Bank Malaysia di Jalan Sultanah di sini.

Pengerusi Kindness Malaysia, Mohd Azrul Mohd Razak berkata, sehingga kini, lebih 30 keluarga yang terputus bekalan di daerah ini mendapat bekalan makanan dari Food Bank Malaysia.

Mohd Azrul berkata, Food Bank akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKPD selama 14 hari bermula 19 Mei di Kota Setar bagi memastikan golongan memerlukan mendapat bantuan bekalan makanan secukupnya.

"Kami telah menambah stok bekalan makanan secukupnya bagi memastikan semua orang awam kekal mendapat makanan dalam tempoh PKPD dilaksanakan ini.

"Namun, khidmat penghantaran barangan makanan dari rumah ke rumah terpaksa dihentikan seketika atas arahan daripada Majlis Keselamatan Negara," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau memberitahu, mereka yang terputus bekalan makanan boleh datang sendiri ke Food Bank Malaysia untuk mengambil sendiri stok bekalan makanan diperlukan.

Menurutnya, pihaknya akan membuat semakan maklumat dan tapisan terlebih dahulu bagi memastikan hanya individu benar-benar memerlukan datang mengambil bekalan makanan tersebut.

"Namun, hanya seorang wakil keluarga sahaja dibenarkan datang dan perlu membuat temujanji terlebih dahulu supaya segala langkah pencegahan penyakit dapat dilaksanakan.

"Pada Ahad, beberapa wakil keluarga telah membuat temujanji untuk mengambil bekalan bantuan makanan bagi menampung keperluang keluarga mereka akibat daripada kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh PKPD," katanya.

Mohd Azrul memaklumkan sebarang permohonan boleh dibuat menerusi janji temu dengan menghubungi mereka atau menghantar mesej melalui WhatsApp ke talian 016-7074798.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebarang sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Maybank Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank Malaysia) bernombor 5520 9523 6240.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!