Omega-3 EPA + DHA penting dalam perkembangan otak kanak-kanak

DHA terus meningkat, bukan sahaja untuk bayi atau kanak-kanak kecil tetapi juga untuk murid sekolah.
A
A

APA itu DHA?

DHA atau asid dokosaheksaenoik ialah sejenis asid lemak omega-3. Ia sama seperti asid alfa-linoleik (ALA) dan asid ekosapentaenoik (EPA).1,2 ALA merupakan rantai asid lemak yang berasal daripada kumpulan omega-3 yang bertukar menjadi EPA dan kemudiannya menjadi DHA 1,3,4.

Mengapa DHA penting?

Tahukah anda, DHA penting dalam perkembangan otak terutama untuk kanak-kanak. Namun, adakah anda tahu bahawa ia bukan sahaja untuk anak-anak kecil tetapi untuk kanak-kanak sekolah juga?

Satu kajian yang dibuat di United Kingdom telah membuktikan pengambilan Omega-3 DHA memberi impak positif kepada kanak-kanak. Penyelidikan itu bermula dengan mengambil sampel kanak-kanak yang berusia 7 hingga 10 tahun yang mempunyai prestasi kurang menyerlah dalam pembelajaran. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mengambil Omega-3 DHA atau sejenis placebo sebagai suplemen selama 16 minggu manakala satu lagi kumpulan lagi tidak diberikan apa-apa. Selepas tempoh yang diberikan, kesemua mereka perlu menjalani ujian praktikal iaitu kemahiran membaca, tindak balas memori dan perlakuan. Hasil penyelidikan mendapati, terdapat peningkatan dalam semua aspek bagi kumpulan kanak-kanak yang mengambil Omega-3 DHA terutama dari segi keupayaan membaca.

Suplemen

Penyelidik utama dalam penyelidikan itu berkata: “Suplemen harian Omega-3 DHA telah meningkatkan prestasi golongan yang sukar membaca dan membantu kanak-kanak yang lemah untuk mengejar rakan sebaya mereka.”

Fakta kajian itu menunjukkan kesedaran mengenai kepentingan DHA terus meningkat, ia bukan sahaja untuk bayi atau kanak-kanak kecil tetapi juga untuk kanak-kanak sekolah. Sehubungan itu, kepada ibu bapa di luar sana, berilah anak-anak anda Omega-3 DHA untuk membantu mereka untuk mara ke hadapan ketika di sekolah. Bagaimanapun, sumber terbaik untuk Omega-3 DHA yang asli adalah ikan laut dalam dan ia mahal. Justeru, sebagai ganti, suplemen adalah pilihan yang terbaik dan menjimatkan.

Artikel ini adalah sumbangan daripada Nature’s Way.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia