Simeoe tetap merendah diri di sebalik kejayaan Atletico

Siemone dijulang pemain Atletico selepas perlawanan berkenaan.
Siemone dijulang pemain Atletico selepas perlawanan berkenaan.
A
A
A

BIARPUN mengesahkan takhta La Liga menjadi milik Atletico Madrid musim ini dengan menewaskan Valladolid 2-1 di gelanggang lawan, pada awal pagi Ahad namun pengendalinya Diego Siemeone tetap merendah diri dengan pergi menemui pemain Valladolid dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Menurut Simeone tindakannya itu sekadar mahu memberikan semangat kepada Vallaladolid yang tersingkir ke saingan Liga Segunda musim depan.

Malah katanya, pemain Valladolid juga telah beraksi dengan baik apabila berjaya mengekang asakan-asakan Atletico pada sebahagian besar perlawanan sambil sesekali turut berjaya melancarkan serangan ke gawang pelawat.

“Hari ini Valladolid perlu menang ke atas Atletico untuk meneruskan sisas-sisa harapan mereka untuk terus beraksi dalam saingan La Liga.

“Mereka juga beraksi dengan baik hingga memberikan masalah kepada kami dan berjaya mendahului dengan satu gol.

“Bagaimanapun, pemain Atletico kemudiannya mempamerkan kebangkitan luar biasa dan menjaringkan dua gol yang sangat penting untuk mengesahkan kami sebagai juara La Liga, musim ini” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Valladolid membuka jaringan menerusi Oscar Plano pada minit ke-18, namun Angel Correa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 sebelum Luiz Suarez menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-67.

Sementara itu Simeone menegaskan dia cukup gembira dengan kejayaan membantu Atletico menjulang satu piala pada musim yang dianggap cukup istimewa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, di sebalik segala kepayahan yang ditempuhi di sepanjang musim ini, skuad kendaliannya itu masih mampu untuk beraksi konsisten sehingga menghasilkan kejayaan berkenaan.

“Sudah tentu saya sangat gembira atas kejayaan ini. Ia adalah tahun yang agak sukar buat semua dan kejayaan muncul juara kali ini adalah sesuatu yang agak istimewa.

“Kami juga cuba untuk memberikan kegembiraan kepada semua orang, terutamanya kepada pihak yang bertungkus lumus selama ini untuk memastikan kejayaan pasukan ini,” katanya.