2,526 staf cemerlang KPLB dirai 

Pekerja cemerlang menerima anugerah yang disampaikan Rina.
A
A

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meraikan 2,526 kakitangannya dan 11 tenaga kerja dari agensi-agensi termasuk Pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) yang bertaraf kontrak seluruh negara yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPLB 2018.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang melibatkan kolaborasi semua jabatan dan agensi di bawah KPLB yang dilaksanakan secara berpusat dan melibatkan tiga zon iaitu Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

Rina berucap pada majlis Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPLB 2018. 
Rina berucap pada majlis Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPLB 2018. 

Kecemerlangan yang ditunjukkan penerima-penerima ini adalah manifestasi warga KPLB selaras dengan tanggungjawab mereka menunaikan amanah kepada rakyat.

Amanah-amanah tersebut adalah seperti yang telah digariskan dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar khusus bagi tahun 2019.

Pemilihan calon yang layak adalah berpandukan kepada markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Tahun 2018.

Kuota pemberian anugerah ini adalah tidak melebihi lapan kapasyen daripada jumlah keseluruhan pengisian jawatan di jabatan/agensi berakhir pada 31 Disember 2018.