X

Kindly register in order to view this article
!

7,000 orang daftar program saringan Covid-19 percuma

Proses calitan semasa program saringan percuma di USJ 1
A
A

SUBANG JAYA - Program saringan percuma Covid-19 anjuran kerajaan Selangor terus mendapat sambutan apabila 7,000 orang telah mendaftarkan diri melalui aplikasi Selangkah untuk mendapatkan ujian calitan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkata, saringan secara besar-besaran seperti ini amat penting untuk mengenal pasti dan mengasingkan mereka yang telah dijangkiti wabak Covid-19.

Menurutnya, dalam situasi ketika ini, saringan secara besar-besaran amat penting agar mereka yang telah dijangkiti dapat dikenal pasti dan dirawat di peringkat awal serta diasingkan supaya tidak menjangkiti orang lain.

“Dengan program ini, kita dapat mengetahui keadaan sebenar pandemik ini di Selangor. Jadi saya berharap orang ramai akan terus menyokong program ini dan program-program akan datang.

“Di Selangor walaupun bilangan kes paling tinggi jadi kita dapat lihat hasil daripada program ini. Kita memang menjangkakan bilangan kes akan naik maka kita perlu hadapi perkara ini dengan berani,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini pada Ahad.

Muhamad Khairudin Jamin,33, kiri bersama isterinya Nur Nadia Ghalid,31 berpuas hati walaupun terpaksa beratur hampir sejam.
Muhamad Khairudin Jamin,33, kiri bersama isterinya Nur Nadia Ghalid,31 berpuas hati walaupun terpaksa beratur hampir sejam.

Beliau turut menggesa agar program saringan besar-besaran seperti ini diadakan oleh kerajaan negeri di negeri-negeri lain bagi menangani wabak Covid-19.

Tinjauan Sinar Harian sempena program saringan percuma di Laman Sukan USJ 1 mendapati rata-rata peserta yang hadir berpendapat program tersebut merupakan satu inisiatif yang amat baik dan berpuas hati walaupun perlu beratur di bawah terik matahari.

Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat telah mula beratur seawal jam 8 pagi di mana laluan khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, ibu mengandung dan keluarga dengan anak kecil turut disediakan supaya mereka tidak perlu menunggu lama.

Salah seorang peserta yang ditemui dan hanya mahu dikenali sebagai Allen, 66 berkata, laluan khas yang disediakan memudahkan dia dan isteri untuk melakukan pendaftaran manakala ujian calitan selesai dalam tempoh lebih kurang 15 minit sahaja.

Allen, 66 selepas selesai proses ujian calitan
Allen, 66 selepas selesai proses ujian calitan

Bagi Muhamad Khairudin Jamin, 33, pula berpendapat program tersebut amat baik dan perlu diteruskan selain turut berpuas hati dengan khidmat yang diberikan walaupun terpaksa beratur hampir satu jam.

“Saya datang atas inisiatif sendiri dan saya rasa program patut diteruskan serta diadakan di seluruh Malaysia. Lagipun program ini percuma jadi orang ramai boleh ambil inisiatif sendiri untuk datang daripada tidak tahu keadaan kesihatan sendiri,” katanya.

Orang ramai beratur seawal jam 8 pagi pada program saringan percuma Covid-19 anjuran kerajaan Selangor di Laman Sukan USJ 1 pada Ahad.
Orang ramai beratur seawal jam 8 pagi pada program saringan percuma Covid-19 anjuran kerajaan Selangor di Laman Sukan USJ 1 pada Ahad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!