X

Kindly register in order to view this article
!

16 dikompaun langgar SOP

Polis melakukan serbuan di lokasi yang dipercayai tempat berkumpul dan penjualan air ketum.
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pengawal keselamatan antara 16 individu dikompaun RM4,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Sungai Layar Hujung pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 51 tahun itu didapati ingkar PKP dengan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika serbuan Ops Covid-19 di hadapan sebuah pondok di kampung terbabit pada jam 5.15 petang.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati kesemua lelaki tersebut tidak mempunyai alasan munasabah dengan berkumpul dan tiada penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda bagi tujuan dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang.

"Turut dikompaun ialah pengawal keselamatan, anggota Rela, pekerja hotel, peniaga pasar malam, juruteknik selain penganggur yang dikesan berada di lokasi terbabit," katanya.

Adzli berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)2021 (Aktiviti terlarang bilangan 11).

"Kesemua mereka perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dikenakan kompaun di Pusat Kesihatan Daerah," katanya.

Menurut Adzli, ketika ditahan, kesemua lelaki terbabit sedang berkumpul dipercayai sedang leka melakukan urusan jual beli air ketum.

"Selain dikompaun kerana melanggar SOP, mereka turut disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Kuala Muda mengikut Akta Racun," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!