X

Kindly register in order to view this article
!

Dua diberkas kes tipu beli sarung tangan getah RM700,000

Gambar hiasan Gambar kecil: Shamsul Amar
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Polis memberkas dua lelaki di sekitar Lembah Klang, pada Sabtu dipercayai terlibat dalam kes penipuan membeli sarung tangan getah berjumlah RM700,000.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa seorang pengarah syarikat berusia 64 tahun berurusan dengan suspek sejak Mac lalu untuk pembelian sarung tangan sebanyak 200,000 pek dalam masa enam bulan.

Menurutnya, suspek mendakwa syarikatnya merupakan ejen kepada sebuah syarikat sarung tangan dan mempunyai pemilikan ke atas 1.2 juta pek sarung tangan.

"Mangsa yang yakin dengan perkara itu kemudian telah melakukan beberapa kali transaksi pembayaran berjumlah RM700,000 atas nama syarikat suspek.

"Bagaimanapun, selepas pembayaran suspek enggan menjawab panggilan telefon dan mangsa tidak menerima sarung tangan seperti yang dijanjikan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, bertindak hasil maklumat, suspek utama berjaya ditahan di Persiaran Kewajipan USJ 8, Subang Jaya kira-kira jam 12.30 tengah malam manakala suspek kedua ditahan kira-kira jam 2 pagi di Taman Industri Subang, Subang Jaya.

Katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan sekeping kad mesin juruwang automatik (ATM).

Tegasnya, kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!