Mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih lebih 5,000

Sebuah rumah yang turut terjejas dengan banjir di Kampung Lama Tenom. - Foto Bernama
Sebuah rumah yang turut terjejas dengan banjir di Kampung Lama Tenom. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah mencatatkan sedikit peningkatan apabila 4,832 orang membabitkan 1,326 keluarga masih berlindung di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi Ahad berbanding 4,792 orang daripada 1,315 keluarga malam Sabtu.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, daerah Tenom adalah yang paling teruk terjejas dengan 4,221 mangsa ditempatkan di 35 PPS.

“Beaufort turut merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 611 orang berbanding 571 malam tadi dengan satu lagi PPS dibuka menjadikan empat PPS aktif di daerah berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir yang melanda Lawas dan Limbang, Miri meningkat kepada 442 orang daripada 105 keluarga setakat pagi Ahad berbanding 330 mangsa daripada 78 keluarga petang Sabtu.

Menurut JPBN, Sarawak semua penduduk terjejas akibat banjir susulan hujan lebat sejak malam Rabu lalu kini ditempatkan di 10 PPS. - Bernama

Artikel Berkaitan: