Covid-19: Kes positif global lepasi 166 juta, korban 3.44 juta

Lebih 600,000 kes baharu dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto Reuters
Lebih 600,000 kes baharu dikesan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto Reuters
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 166 juta kes selepas lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.10 juta kes.

Ini diikuti India dengan 26.28 juta kes dan Brazil dengan lebih 15.97 juta kes.

Negara lain yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis dan Turki, sementara Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile dan Romania antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Artikel Berkaitan:

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.44 juta kes.

Ia selepas lebih puluhan ribu kematian baharu direkodkan secara global dalam tempoh 24 jam lepas.

Berdasarkan Data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 589,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 446,000 kes, India lebih 291,000 kes, Mexico lebih 221,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Ukraine, Indonesia, dan Turki.

Selain itu, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.