11 lelaki warga Indonesia sembunyi dalam bot

Antara PATI ditahan
A
A

BATU PAHAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Muar berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selepas menahan sebuah bot 'barter trade', semalam.

Bot tersebut dengan dengan muatan pucuk kelapa, buah pinang dan gula melaka itu berjaya ditahan Botronda RH 30 bersama empat anggota yang melakukan 'Op Gelora' di kedudukan kawasan Sungai Jeti Perikanan Batu Pahat, di sini.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya menemui 11 lelaki Indonesia berusia 25 hingga 48 tahun selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap bot tersebut.

"Pemeriksaan menyeluruh dilakukan pasukan operasi mendapati kesemua suspek berusia antara 25 hingga 48 tahun itu terdiri daripada 11 lelaki warga Indonesia sedang bersembunyi di dalam bot 'barter trade' tersebut.

"Hasil pemeriksaan juga telah menjumpai selaras senapang angin yang disembunyikan di dalam bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara PATI ditahan
Antara PATI ditahan

Paul berkata, kesemua tangkapan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, manakala seorang tekong dan seorang awak-awak bot tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Akta Senjatapi 1960 dan Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011.

"Dalam operasi ini PPM Wilayah 2 Muar telah berjaya merampas sebuah bot 'barter trade' yang dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000," katanya.