Pas Perak sumbang RM714,168 untuk Palestin

Razman
Razman
A
A
A

IPOH - Pas Perak berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM714,168 untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan bertali arus daripada Zionis Israel.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kutipan tersebut hasil usaha Pas Perak yang melancarkan tabung sumbangan untuk kutipan dana kepada rakyat Palestin susulan krisis tersebut.

Menurutnya, sumbangan tersebut diterima daripada seluruh 24 Pas kawasan, Dewan-dewan Pas Perak serta kesemua penderma yang sudi menginfak wang ringgit dan harta mereka menerusi tabung tersebut.

"Apa yang lebih utama, didoakan semoga segala kerja dan usaha kita ini mendapat keberkatan dan keredaan daripada ALLAH SWT untuk membantu saudara seagama yang ditimpa kesusahan.

"Ia juga akan menjadi bukti penyaksian di hadapan ALLAH terhadap usaha yang telah kita lakukan dalam membantu insan-insan yang memerlukan dengan penuh kasih sayang dan juga sifat belas kasihan," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook Pas Perak pada Sabtu.

Razman berkata, pihaknya mengharapkan sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk Palestin dalam usaha membina semula kediaman, penyaluran bantuan makanan dan lain-lain keperluan buat kegunaan mereka.

Menurutnya, Pas Perak merakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha tersebut termasuk penyumbang dari pelbagai latar belakang.

Artikel Berkaitan: