X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 29 Mei 2022

1.24 juta dos vaksin AstraZeneca ditawarkan untuk warga emas

Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,240,000 dos suntikan vaksin AstraZeneca ditawarkan kepada warga emas bagi pusingan kedua inisiatif pelawaan pengambilan vaksin itu yang dibuka untuk tempahan slot janji temu pada 12 tengah hari esok.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pemberian suntikan itu akan dimulakan pada 7 Jun hingga 27 Julai untuk dos pertama di lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ).

PPVAZ yang terlibat ialah Pusat Konvensyen Setia SPICE, Pulau Pinang; Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru; Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak; dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak.

Selain itu PPVAZ lain ialah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Kuala Lumpur; Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor; dan Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Selangor.

“Seperti yang diumumkan, tempahan ini hanya dibuka kepada warga emas (60 tahun ke atas) di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.

“Ini adalah satu daripada langkah untuk memastikan warga emas yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi terus dilindungi,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang berminat boleh mula membuat tempahan di www.vaksincovid.gov.my esok.

CITF turut mengalakkan golongan muda untuk membantu warga emas dalam membuat tempahan slot janji temu pengambilan vaksin itu bagi memudahkan urusan mereka.

Menurut kenyataan itu, mereka yang telah mendaftarkan nama di bawah senarai menunggu sewaktu tempahan slot pada 2 Mei lepas akan dimasukkan secara automatik ke dalam tempahan slot vaksinasi AstraZeneca pusingan ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!