Individu hina Nabi direman tiga hari

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan yang ditahan selepas tindakan biadabnya yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi hantaran di Facebook kini direman tiga hari.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki berusia 68 tahun yang menggunakan akaun Facebook dengan nama Foo Sing Wai direman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

"Kes juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Fuzi turut mengesahkan, pihaknya telah menerima 395 laporan dari seluruh negara ekoran status penghinaan terbabit.

Tegasnya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahkangunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik sebarang bentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu hina Nabi ditahan

Semalam, polis menahan lelaki terbabit di rumahnya di Taman Sri Layang, Mentakab, Pahang, kira-kira jam 11.30 pagi.

Artikel Berkaitan: