Jumlah keseluruhan Covid-19 Malaysia melonjak lebih 500,000 kes

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 6,320 kes positif Covid-19 baharu dengan 50 kematian dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes kini 505,115 kes.

“Terdapat 6,317 kes tempatan melibatkan 5,870 kes warganegara dan 447 bukan warganegara.

“Kes import membabitkan tiga kes,” katanya pada sidang akhbar khas bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Noor Hisham berkata, 50 kes kematian tersebut melibatkan 48 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Sebanyak 50 kes kematian pada Sabtu yang melibatkan 22 kes di Selangor, Kuala Lumpur (sembilan), Johor (lima), Kedah (empat), Perak (tiga), Sarawak (dua) Pahang (dua), Negeri Sembilan (satu), Melaka (satu) dan Kelantan (satu),” katanya.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 652 kes dan daripada jumlah itu 370 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kes sembuh pada Sabtu adalah 4,694 dan jumlah keseluruhannya 449,234 kes.

Artikel Berkaitan:

Tambah Dr Noor Hisham, jumlah kluster yang ada di negara ini adalah sebanyak 2,001 kluster dengan 17 kluster baharu direkodkan.

“Jumlah kluster yang telah tamat melibatkan 1,466 kluster dan jumlah kluster aktif adalah 535,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!