Pengusaha IKS diminta sedia hadapi SOP lebih ketat

MEDAC meminta para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk perniagaan mikro supaya bersiap sedia untuk menjalankan perniagaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat sekiranya jumlah kes Covid-19 terus meningkat. Foto Bernama
MEDAC meminta para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk perniagaan mikro supaya bersiap sedia untuk menjalankan perniagaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat sekiranya jumlah kes Covid-19 terus meningkat. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) meminta para pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk perniagaan mikro supaya bersiap sedia untuk menjalankan perniagaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat sekiranya jumlah kes Covid-19 terus meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, mereka sepatutnya sudah melakukan persiapan sewajarnya ketika ini bagi memastikan operasi perniagaan mereka mematuhi SOP.

Beliau berkata, ia termasuk memastikan premis perniagaan masing-masing dilengkapi Kod QR, termometer serta pensanitasi tangan.

Wan Junaidi juga berharap golongan usahawan itu mendigitalkan operasi perniagaan mereka ketika ini supaya bukan sahaja bagi menangani kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah memenuhi norma baharu pengguna yang memilih berbelanja secara dalam talian.

“Kita sudah berada dalam situasi ini hampir dua tahun dan para pemilik perniagaan sepatutnya sudah mengambil langkah sewajarnya ketika ini bagi memastikan perniagaan mereka mampu beroperasi dalam suasana pasca Covid-19,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: