Bekalan oksigen perubatan negara mencukupi: Dr Adham

Dr Adham Baba
Dr Adham Baba
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa gas perubatan oksigen menggunakan tangki vacuum insulated evaporator (VIE) dan portable cylider di fasiliti kesihatan negara adalah mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihak pembekal juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bekalan cecair oksigen lima kali ganda daripada permintaan sedia ada.

“Bilangan portable cylinder juga adalah mencukupi dan masih mempunyai 20,000 unit portable cylinder dalam simpanan dan boleh digunakan pada bila-bila masa apabila diperlukan.

“Sekiranya berlaku kes-kes kecemasan atau luar jangka, pihak pembekal masih mempunyai sebanyak 500,000 unit portable cylinder gas industri yang boleh diubah suai dalam tempoh yang singkat mengikut piawaian untuk kegunaan gas perubatan oksigen,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Dr Adham berkata, pengurusan sistem gas perubatan oksigen di Malaysia amnya dan fasiliti kesihatan khususnya mematuhi standard negara ini dan piawaian antarabangsa yang berkaitan serta dikendalikan oleh kakitangan kompeten.

“Di samping itu juga, pembekalan gas perubatan oksigen ke fasiliti-fasiliti kesihatan adalah secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan serta pihak pembekal berkemampuan untuk memenuhi permintaan pembekalan di luar jangka.

“Pihak KKM sentiasa berterusan memantau pengurusan sistem gas perubatan di fasiliti kesihatan supaya tidak menjejaskan pengoperasian klinikal di fasiliti kesihatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: