Polis pantau tindakan gantung kain rentang 'Kerajaan Gagal'

Beberapa keping gambar berkait kain rentang tertera tulisan 'Kerajaan Gagal' yang tular di laman sosial sejak minggu lalu.
Beberapa keping gambar berkait kain rentang tertera tulisan 'Kerajaan Gagal' yang tular di laman sosial sejak minggu lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis memandang serius dan membuat pemantauan berhubung tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang tertera perkataan 'Kerajaan Gagal' di beberapa lokasi di negeri ini sejak minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, perbuatan itu bercanggah dengan peruntukan undang-undang kerana setiap kain rentang yang dipasang perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Selepas menerima tular (berkait dengan kain rentang) itu, saya terus membuat semakan dengan Ketua Polis Daerah," katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil pemantauan di lokasi terlibat mendapati kain rentang itu telah diturunkan oleh pihak PBT.

Setakat ini, katanya, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berkait dengan perkara itu.

"Polis sedang mengumpulkan maklumat penuh berhubung perkara itu.

"Tindakan tidak bertanggungjawab itu dikhuatiri boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: