Mayat warga emas ditemui dalam longkang

Anggota bomba dan polis menjalankan operasi mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati di dalam longkang di kawasan rumah murah Kuala Sepetang, Taiping pada Sabtu. - Foto Ihsan Pembaca
Anggota bomba dan polis menjalankan operasi mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati di dalam longkang di kawasan rumah murah Kuala Sepetang, Taiping pada Sabtu. - Foto Ihsan Pembaca
A
A
A

TAIPING - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai terjatuh ke dalam longkang di kawasan rumah murah Kuala Sepetang, di sini pada Sabtu.

Mangsa, Yeoh Liong Hee, 72, ditemui orang awam kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama pasukan bomba dan pegawai perubatan.

"Anggota penyelamat kemudian membantu menarik keluar mayat untuk pemeriksaan awal dan sanitasi. Pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan.

"Waris yang berada di tempat kejadian turut melakukan pengecaman dan mengakui mangsa adalah bapanya," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat bagi mengetahui sebab-sebab kematian.

"Bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: