Dewan Ulamak Pas Pahang seru anjur solat hajat 40 malam

Zuridan
Zuridan
A
A
A

JERANTUT - Dewan Ulamak Pas Pahang menyeru semua umat Islam di negeri ini mendirikan solat hajat selama 40 malam berturut-turut.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Zuridan Mohd Daud berkata, usaha tersebut antara inisiatif umat Islam untuk memohon pertolongan ALLAH SWT susulan situasi penularan pandemik Covid-19 di negara ini yang semakin membimbangkan.

"Seruan ini bukan sahaja untuk ahli-ahli Pas tetapi juga untuk umat Islam khususnya di Pahang dan secara am di seluruh negara.

"Bagi yang tidak berpeluang ke masjid boleh mengerjakan solat hajat di lokasi masing-masing," katanya pada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak memberitahu, ia adalah satu usaha untuk memohon dan mendoakan supaya rakyat Palestin dilindungi daripada kekejaman Zionis.

Artikel Berkaitan: