Sila log masuk terlebih dahulu.

Panglima tentera Nigeria antara 10 maut dalam nahas udara

Seramai 11 pegawai tentera Nigeria, termasuk Panglima Tentera Darat, Ibrahim Attahiru, maut selepas pesawat dinaiki terhempas di Kaduna di barat laut negara itu pada petang Jumaat. Foto Agensi Anadolu

Gambar kecil: Ibrahim Attahiru. Foto AFP
Seramai 11 pegawai tentera Nigeria, termasuk Panglima Tentera Darat, Ibrahim Attahiru, maut selepas pesawat dinaiki terhempas di Kaduna di barat laut negara itu pada petang Jumaat. Foto Agensi Anadolu Gambar kecil: Ibrahim Attahiru. Foto AFP
A
A
A

ABUJA - Seramai 11 pegawai tentera Nigeria, termasuk Panglima Tentera Darat, Ibrahim Attahiru, maut selepas pesawat dinaiki terhempas di Kaduna di barat laut negara itu pada petang Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Attahiru bersama pegawai lain dalam perjalanan dari Abuja menuju ke bandar Kaduna sebelum pesawat tentera itu terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa Kaduna, kata jurucakap tentera Mohammed Yerima dalam satu kenyataan.

Menurut beberapa sumber tentera, Attahiru baru dilantik menjadi panglima 26 Januari lalu dan dalam perjalanan untuk melakukan tugasan rasmi.

Punca nahas masih disiasat dan identiti mangsa yang lain belum dapat dipastikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: