Macedonia Utara mahu cipta impak di Euro

Pandev watak penting ketika meledak jaringan tunggal ketika Macedonia Utara mengatasi Georgia pada play-off akhir Euro 2020 pada 13 November lalu.
Pandev watak penting ketika meledak jaringan tunggal ketika Macedonia Utara mengatasi Georgia pada play-off akhir Euro 2020 pada 13 November lalu.
A
A
A

MACEDONIA Utara yang membuat penampilan sulung di Euro 2020 mempertaruhkan penyerang veteran Goran Pandev bagi mengemudi negara Balkan tersebut pada kejohanan berprestij negara Eropah tersebut kali ini.

Pemain berusia 37 tahun tersebut sebelum ini memacu negara itu mara ke Euro apabila menjinakkan Georgia pada November lalu sekali gus mengesahkan slot ke kejohanan berkenaan.

Pandev yang kini beraksi untuk kelab Serie A, Genoa akan digandingkan bersama pemain tengah kreatif kelab Sepanyol, Levante, Enis Bardhi dan pemain sayap, Eljif Elmas yang kini bersama Napoli.

Biarpun begitu, Macedonia Utara yang terpaksa melupakan khidmat penyerang Udinese, Ilija Nestorovski selepas mengalami kecederaan, mampu menghela nafas lega dengan kehadiran bintang muda Darko Curlinov dan Riste Jankov.

Dalam pada itu, Jurulatih Macedonia Utara, Igor Angelovski ketika mengumumkan barisan senarai 26 pemain pada Khamis berkata, skuad kendalianya itu bertekad memberi impak positif pada penampilan sulung di kejohanan berkenaan dalam menyaingi gergasi Eropah lain.

"Kami tidak hanya mahu menjadi pasukan pelengkap jadual, sebaliknya pemain bertekad mencipta sesuatu pada penampilan bersejarah ini.

"Kami menyedari kualiti pasukan masih jauh jika dibandingkan dengan pasukan yang layak beraksi di Euro 2020. Namun, saya meletakkan sasaran mara ke pusingan seterusnya," kata Angelovski.

Macedonia Utara bakal berdepan Austria pada 13 Jun di Bucharest diikuti perlawanan menentang Ukraine dan Belanda.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, Angelovski mengharapkan pemainnya mengekalkan motivasi ketika menewaskan gergasi bola sepak dunia Jerman, 2-1 pada Mac lalu.

"Pemain berjaya membuktikan sesuatu pada perlawanan itu. Jadi, pemain perlu memberikan komitmen terbaik dalam setiap aksi untuk mengekalkan motivasi tersebut," kata Angelovski lagi.


Skuad Euro Macedonia Utara


Penjaga Gol:

Stole Dimitrievski (Rayo Vallecano, ESP), Damjan Siskovski (Doxa, CYP), Riste Jankov (Rabotnicki).

Pertahanan:

Stefan Ristovski (Dinamo Zagreb, CRO), Visar Musliu (MOL Fehervar, HUN), Egzon Bejtulai (Shkendija), Kire Ristevski (Ujpest, HUN), Gjoko Zajkov (Charleroi, BEL), Darko Velkovski (Rijeka, CRO), Ezgjan Alioski (Leeds, ENG).

Tengah:

Arijan Ademi (Dinamo Zagreb, CRO), Enis Bardhi (Levante, ESP), Stefan Spirovski (AEK Larnaca, CYP), Boban Nikolov (Lecce, ITA), Tihomir Kostadinov (Ruzomberok, SVK), Ferhan Hasani (Partizani, ALB), Eljif Elmas (Napoli, ITA), Daniel Avramovski (Kayserispor, TUR), Darko Curlinov (Stutgart, GER), Marjan Radeski (Akademija Pandev).

Penyerang:

Goran Pandev (Genoa, ITA), Aleksandar Trajkovski (Mallorka, ESP), Ivan Trickovski (AEK Larnaca, CYP), Vlatko Stojanovski (Chambly, FRA), Krste Velkovski (Sarajevo, BIH), Milan Ristovski (Spartak Trnava, SVK).