Penduduk di kawasan PKPD terima barang keperluan

Dr Asmadi (kiri) membawa bungkusan barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD di Kuantan.
Dr Asmadi (kiri) membawa bungkusan barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD di Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Penduduk di dua kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini menerima barangan keperluan asas bernilai RM70 bagi satu keluarga daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Barangan keperluan itu telah diagihkan di Taman Tanah Putih Baru dan Perumahan Kemunting di sini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan dianggarkan berjumlah RM70,000 diagihkan secara berperingkat.

"Terdapat kira-kira 1,000 penduduk di dua lokaliti berkenaan yang kini tidak dibenarkan keluar dari kawasan penempatan mereka, melainkan untuk kes-kes tertentu.

"Jadi, kita mengagihkan bantuan ini untuk meringankan beban mereka. Diharap ia memberi manfaat kepada penduduk di kedua-dua kawasan PKPD tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, penyelarasan bantuan dilakukan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Kuantan yang turut dianggotai beberapa agensi berkaitan.

Selain itu, katanya, MUIP akan terus memastikan kebajikan penduduk yang berada di PKPD di negeri ini terjaga.

"Kira berharap penduduk di kawasan PKPD agar bersabar dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," kata beliau.

Artikel Berkaitan: