'Tentera bawang' Malaysia perlu terus sasar Israel di media sosial: Caprice

Caprice dalam program Sinar Live bertajuk ‘Krisis Palestin-Israel: Konflik Yang Tak Sudah’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Jumaat.
Caprice dalam program Sinar Live bertajuk ‘Krisis Palestin-Israel: Konflik Yang Tak Sudah’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM – Penyanyi rap dan ‘influencer’ terkenal, Caprice mengingatkan masyarakat Malaysia untuk terus menggunakan pengaruh media sosial sehingga rakyat Palestin benar-benar mendapat kebebasan bukannya aktif secara bermusim sahaja.

Beliau sebagai individu berpengaruh yang dilihat lantang dalam krisis Palestin-Israel berkata, media sosial boleh memainkan peranan besar dalam menyampaikan mesej sebenar kepada dunia tentang kekejaman yang dilakukan Israel.

“Saya harap semua netizen Malaysia termasuk ‘tentera bawang’ sentiasa sasarkan mereka (Israel) di media sosial.

“Jangan buat ketika viral (tular) sahaja. Kena buat sampai Palestin dapat kebebasan,” katanya pada program Sinar Live bertajuk ‘Krisis Palestin-Israel: Konflik Yang Tak Sudah’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Jumaat.

Caprice mendapat perhatian kerana begitu tenang dalam hujahnya menerusi perbincangan secara langsung di Instagram bersama dua ‘influencer’ wanita Israel berhubung isu Palestin.

Tindakan pemilik nama sebenar Ariz Ramli, 33, itu mendapat pujian warganet kerana mampu mengawal emosi ketika berhujah dengan wanita dikenali sebagai Shiraz dan Orin dalam pelbagai perkara melibatkan konflik berdarah yang berlaku.

Caprice berkata, dia akan meneruskan usaha melalui pendekatan di media sosial dengan menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada golongan ‘influencer’ di peringkat antarabangsa.

“Saya akan terus lakukan secara ‘all out’ dan tidak akan gentar demi ummah,” katanya.

Artikel Berkaitan: