PKP 3.0 akan diperketatkan

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat sebulat suara bersetuju mengetatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Perincian mengenai sekatan tambahan akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada esok (Sabtu).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan sidang khas itu turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan terhadap usaha mengekang penularan Covid-19.

Sementara itu, Sidang Khas juga membincangkan status pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa untuk tempoh empat minggu bermula 12 Mei 2021.

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi PKP 3.0 diperketatkan termasuk larangan rentas negeri dan daerah serta sekatan bagi aktiviti sosial, sukan dan rekreasi serta persidangan dan mesyuarat secara bersemuka.

Mesyuarat tersebut meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung status terkini kes Covid-19 termasuk kadar kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan setiap negeri dan cadangan tindakan bagi mengawal penularan jangkitan.

Namun begitu, penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa lebih panjang.

Artikel Berkaitan: