Pemuda PH desak AS pastikan Israel patuhi gencatan senjata

Pemuda PH menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada Jumaat.
Pemuda PH menghantar memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda Pakatan Harapan (PH) menggesa Amerika Syarikat (AS) memastikan perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas dipatuhi sepenuhnya.

Ketua Pemuda PH, Shazni Munir berkata, AS selaku sekutu utama Israel perlu memantau agar Israel mematuhi persetujuan itu bagi mengelakkan berlaku perlanggaran perjanjian gencatan senjata seperti yang berlaku pada tahun 2014.

"Kami mengambll maklum usaha yang diambil Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bersama dengan kerajaan Mesir dalam mencapai gencatan senjata yang sangat penting.

"Walaupun kami percaya bahawa ia sepatutnya berlaku jauh lebih awal selepas lebih 200 rakyat Palestin termasuk wanita dan juga kanak-kanak terkorban serta ribuan yang lain tercedera.

"Bagaimanapun, kami menyeru AS untuk memantau dan memastikan Israel mematuhi gencatan senjata terutamanya apabila melihat Israel mempunyai kecenderungan melanggar perjanjian gencatan senjata seperti yang berlaku pada tahun 2014," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghantar memorandum ke Kedutaan AS di sini pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel setuju gencatan senjata dengan Hamas

Bagaimanapun, tiada wakil Kedutaan AS yang tampil dan memorandum tersebut hanya dibenarkan diletakkan di pondok pengawal keselamatan.

Dalam memorandum itu, Pemuda PH turut menggesa AS menyemak semula hubungan diplomatiknya dengan Israel yang didakwa bertanggungjawab menjual senjata api dan menyalurkan dana ketenteraan kepada Israel.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, serentak dengan penghantaran memorandum berkenaan, turut berlangsung konvoi kenderaan oleh pemuda Malaysia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Konvoi kenderaan tanda solidariti kepada rakyat Palestin berlangsung di Jalan Tun Razak pada Jumaat.
Konvoi kenderaan tanda solidariti kepada rakyat Palestin berlangsung di Jalan Tun Razak pada Jumaat.

Lebih 10 kereta dan motosikal berkonvoi di Jalan Tun Razak melalui hadapan Kedutaan AS sambil mengibarkan bendera Palestin.